Menyepi

assalamualaikum, semua

*tengok muka kat cermin*.... "huarghhhh!!! dah macam panda dah!!!"

hehehe. itu lah kekurangan tidur. apa yang menyebabkan saya kurang tidur?! penat bekerja?! argh, alasan tu dah tak boleh digunakan lagi sebab salah saya sendiri. tidur lambat kan. memanglah. sejak dua menjak nie, saya asyik tidur lambat je. kalau dulu tepat pukul 12 saya dah tutup lampu. tapi sekarang nie tidur pukul 12 lebih. lebih dia tu nak dekat pukul 1. apa benda lah yang saya buat sampai tidur lewat kan?! hehehe. online kat fon lah. bukan bukak whatsapp ke facebook ke twitter ke tapi dok melayan youtube lah.

saya tengok WE GOT MARRIED. couples mana?! alah couples lama lah. segan pulak nak bagi tau sebab pasti korang gelaknya lah. saya tengok GOGUMA COUPLE. hahaha. baru sekarang nak tengok. padahal dah 2 tahun lepas dah. hehehe. entah macam mana terdetik nak tengok. bila dah tengok sekali, nak tengok lagi. tapi itu lah tak seronok sangat sebab tak semua episod ada english sub. majoriti tak ada. jadi tak semua episod saya tengok. huhuhu. mana nak cari eh episod yang ada english sub?! ada tau?


semalam ada tengok episod last diorang. sedih giler. nak menangis rasanya. baru tengok beberapa episod nie, dah touching. bayangkan saya tengok dari episod 1 sampai habis. banjir lah bilik saya. hahaha. maybe ada yang tau kot kenapa saya suka goguma couple nie kot or maybe ada yang tak tau. hehehe. sebabnya saya minat seohyun lah. yonghwa nie saya tak minat mana pon. semuanya sebab seohyun.

okay okay. tamat kisah itu. banyak perkara saya nak cerita nie sampai tak tahu nak cerita mana satu. tu lah padan muka. sebulan lebih menyepikan diri. hehehe. pejam celik pejam celik, masuk 4 bulan saya bekerja kat star design. so far, alhamdulillah banyak benda saya belajar. ada happy, ada sedih, ada yang menyakitkan, ada jugak yang tak rasa apa-apa. hahaha. sampai bila saya nak kerja?! buat masa nie insyallah pertengahan bulan 5 saya berhenti lah. mula-mula nak sampai huung bulan 5. biar genapkan gajinya tapi ibu minta berhenti awal sikit. ya lah urusan masuk universiti lagi kan. sedih jugak nak tinggalkan "dunia baju" nie tapi nak tak nak saya kena tinggalkan juga sebab nak sambung belajar. hmmm *tak tahu nak kata apa lah* oh ya, 17 ari bulan nie kita orang ada promosi. jemput datang lah ya and jangan lupa sampai je pkns, cari kedai saya tau, STAR DESIGN COLLECTION SDN BHD *saya tulis apa yang tertulis pada signboard kedai saya je. hehehe*

okay, next story. pasti ramai nak tahu result spm saya berapa kan?! alahai segannya nak bagi tau. bukan cemerlang mana pun. tapi bersyukur lah. itu yang terbaik untuk saya. saya dapat 6A 2B 3C. alhamdulillah, lulus lah jugak. ibu ayah pon terima result saya nie dah cukup buat hati saya lega. memang kecewa sebab tak kena target saya. saya target 7A ke atas and tak ada gagal, kalau boleh tak ada E dan D lah. yang tu termakbul. alhamdulillah. 

saya ambil bidang pengajian islam. nak jadi ustazah?! ah soalan tu yang selalu diajukan pada saya kat tempat kerja. jadi ustazah tak termasuk dalam cita-cita saya *sejak bila aku ada cita-cita nie?!* dah itu yang saya minat. sebelum saya dapat result nie, saya berdoa agar allah beri result yang terbaik pada saya and beri petunjuk  pada saya mana hala tuju saya lepas nie. allah dah tunjukkan pada result saya. sebab A saya BM, MATH, SEJ, AQS (al-quran & sunnah), PSI (pendidikan syariah islamiah) dan BAT (bahasa arab tinggi). B saya, BI dan kimia. C saya, BIO, PHY dan add math. nampak tak disitu?! subjek sains saya semuanya spoil and saya sememangnya tak minat pon.

so bila tengok result saya nie, saya dah tetapkan hati saya ambil pengajian islam lah. saya tak mahu ambil bidang sains. mula-mula tu ibu suruh ambil dua-dua sekali tapi saya kata saya memang tak suka sains and kalau saya ambil takut tak boleh bawa. maybe insyallah saya boleh bawa tapi tak seronok lah kita belajar sesuatu perkara yang kita tak minat kan. so pengajian islam itu lah bidang pilihan saya. insyallah. mudah-mudahan allah permudahkan dan bantu saya.

so, persoalan korang dah terjawab?! ceh macam ada je orang baca entri aku nie. perasan betul. entah-entah aku dok membebel sorang-sorang je kat sini. syok sendiri katakan. hahaha. hope tak lah. even seorang yang baca pon, dah cukup dah. okay lah sampai setakat ini sahaja entri saya nie. kucing saya dah ada kat sebelah nie nak ambil ayam saya nie. baik saya cepat-cepat makan sebelum dia bertindak lebih agresif. hahaha. assalamualaikum. gonna miss you all.

8/4/2014

Comments

Most Viewed

Sambung Belajar

Selesai Divaksin

Memories of 2018